SEJARAH SEKOLAH SAYA
Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas mengambil nama sempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku
Muhammad. Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English, Gemas.Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan
baru iaitu di Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah
Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang ada sekarang. Sehingga tahun
1967, sekolah ini masih mempunyaigabungan
sekolah rendah dan menengah. Pada awal tahun 1968, bangunan khas untukSekolah
Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas siap dibina. Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh Tan Sri Mohd. Khir
Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7 Oktober 1968. Sebenarnya
perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit Masjid, Gemas
tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad, makalokasinya
beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah KebangsaanTuanku
Abdul Rahman, Gemas sekarang Pada
tahun 1943 hingga 1948, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta danmempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah. Ketika itu,
tapak asal sekolah ini terletak di
sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai, dan Jalan
Molik, iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawal Keretapi
Tanah Melayu Malaysia Berhad (KTMB), Gemas.Pada tahun 1949, sekolah ini
telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan dipindahkan ke bangunan barunya
iaitu di belakang Kuil Hindu iaitu menghadap ke Padang Keretapi Tanah
Malaysia Berhad (KTMB), Berhad. Upacara perasmian bangunansekolah
Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad
pada tahun 1949. Encik V.M. Francis adalah pengetua sekolah ini yang
pertama.
No comments:
Post a Comment